Pembentukan corak Corak_moiré

Corak moiré selalunya adalah artifak yang tidak diingini pada imej yang dihasilkan oleh pelbagai teknik pengimejan digital dan grafik komputer, contohnya ketika mengimbas gambar hafton atau menyurih sinar suatu satah bercorak dam (satu kejadian pengaliasan khas, disebabkan oleh corak yang halus disampelbawahkan).[1] Ini dapat diatasi dalam pemetaan tekstur menerusi penggunaan mipmap dan penapisan tak isotropi.

Lukisan di atas sebelah kanan menunjukkan corak moire. Garisan di dalamnya boleh mewakili serat pada sutera moire, atau garisan yang dilukis di atas kertas atau di skrin komputer. Interaksi tak linear corak optik garis-garis menghasilkan corak berupa jalur gelap dan jalur cerah yang agak selari, yakni corak moire, ditindihkan pada garis-garis berkenaan.[2]